5 Tanda Bateri Kereta Perlu Ditukar (Ramai Pemandu Tak Sedar)
Ramai pemandu hanya sedar bateri kereta bermasalah bila kereta terus tak boleh start. Hakikatnya, bateri kereta biasanya akan beri tanda-tanda awal sebelum ia kong sepenuhnya.
Jika dikesan awal, anda boleh elakkan situasi kereta mati di tempat yang menyusahkan.
Berikut adalah 5 tanda bateri kereta perlu ditukar yang sering diabaikan oleh pemandu :
1) ENJIN SUKAR DIHIDUPKAN
Jika enjin kereta mengambil masa lebih lama untuk dihidupkan atau terasa lemah, ini petanda bateri sudah mula lemah. Jangan tunggu sehingga kereta langsung tak boleh start.
2) LAMPU KERETA SEMAKIN MALAP
Lampu hadapan atau lampu dalam kereta yang semakin malap, terutama waktu malam, menunjukkan bekalan kuasa dari bateri tidak stabil.
3) BUNYI “KLIK” BILA START
Jika hanya kedengaran bunyi “klik” apabila kunci diputar atau butang start ditekan, ini selalunya berpunca daripada bateri yang hampir kong.
4) BATERI CEPAT KONG WALAU BARU CAS
Bateri yang kerap kong walaupun baru dicas menandakan ia sudah tidak mampu menyimpan tenaga dengan baik dan perlu ditukar.
5) USIA BATERI MELEBIHI 1.5 – 2 TAHUN
Secara umum, jangka hayat bateri kereta adalah sekitar 1.5 hingga 2 tahun, bergantung kepada penggunaan dan keadaan cuaca. Jika bateri sudah lama, sebaiknya buat pemeriksaan awal.
SERVIS TUKAR BATERI KERETA TERUS KE LOKASI
Jika anda mengalami mana-mana tanda di atas, kami menyediakan servis tukar bateri kereta terus ke lokasi tanpa perlu towing. Servis ini sesuai untuk kes kecemasan dan pemandu yang ingin jimat masa.
Kami meliputi kawasan Puchong, Putra Perdana, Putrajaya, Cyberjaya, USJ dan Shah Alam dengan servis pantas dan harga yang telus.
PENUTUP
Jangan tunggu sehingga bateri kereta kong sepenuhnya. Kenali tanda-tanda awal dan ambil tindakan segera bagi mengelakkan kesulitan di jalan raya. Jika anda perlukan servis tukar bateri kereta, hubungi kami untuk bantuan segera.
Embun Battery Trading
Dec 25,2025